n0te !

heyy readers ! welc0me t0 my offical bl0g ;) thank
"

Buruk Sangka , Dangereous Virus .

..بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Assalamualaikum.

T0day we want to share about perkara yg berbahaya dalam kehidupan manusia .  :'(
Sudah menjadi lumrah manusia suka melihat sesuatu dari sudut negetif atau dalam erti kata lain , buruk sangka . Namun hanya terdapat sebilangan kecil yang mampu melihat dari sudut positif. Hal ini sebenarnya haruslah dipupuk sejak kecil lagi , bak kata pepatah " Meluntur buluh biarlah dari rebungnya" .
Buruk Sangka menjadi virus berbahaya yang boleh mnyebabkan konflik dalam diri manusia atau dalam erti kata yang menghantui diri manusia  ialah buruk sangka dapat memecahbelahkan persaudaraan  dan menghancurkan tali persahabatan . Hal ini juga menjadi salah satu faktor manusia jauh daripada rahmat ALLAH S.W.T . Manusia terlalu mudah membuat keputusan dan menghakimi seseorang sebelum mengetahui kisah yang sebenarnya . Rasullullah sering berpesan kepada umatnya supaya sentiasa berbaik sangka dan menjauhi diri daripada berburuk sangka .Dalam Hadisnya yang bermaksud " Berhati-hatilah kalian daripada tindakan berprasangka buruk kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan . Jangan kalian saling mencari keburukan orang lain , saling intip-mengintip , saling mendengki , saling membelakangi dan saling membenci . Jadilah kalian Hamba ALLAH S.W.T yang bersaudara " (Riwayat Al-bukhari dan Muslim)Buruk sangka boleh berlaku dalam pelbagai keadaan antaranya ialah :-


1) Buruk sangka kepada orang lain Hal ini sering terjadi apabila tidak berhenti-henti mengumpat atau memandang serong terhadap orang lain dan menghakimi seseorang hanya bedasarkan apa yang diberitahu sama ada ianya benar atau salah .


2) Buruk sangka pada diri .

Berburuk sangka pada diri sendiri sebenarnya sering terjadi kepada golongan yang gagal . Mereka akan mencipta pelbagai alasan dan apabila gagal mereka sering menyalahkan takdir . Perkataan negetif yang selalunya keluar dari mulut mereka seperti susah , tak cukup masa, tak cukup duit dan sebagainya.


3)Buruk sangka pada masa hadapan .Hal ini sering terjadi apabila datang ujian , mereka merasa masa hadapan  mereka gelap serta bakal menghadapi kesusahan dan mereka takut untuk menghadapi hari esok dan seterusnya. Ingatlah ! masa lalu akan tetap berlalu dan masa depan akan tetap datang :') 


and the last , Yang paling Berbahaya.


4) Buruk sangka pada ALLAH S.W.T .Apabila melihat hujan , dia mengeluh kerana tidak dapat pergi bekerja dan sebagainya. Apabila didatangi cuaca panas , dia mengeluh kerana tanamannya kering kontang. Ketika dirundung masalah atau apa yang dirancang serba tidak kena . Ada yang tidak bersyukur dan sanggup memarahi Tuhan denagn menunjukan "protes"  seperti tidak lagi melakukan solat dan berdoa . Itu antara tanda bahawa ALLAH S.W.T  menarik rahmat dalam hidup manusia kerana buruk sangka. Selagi tidak bertaubat dan merubah persepsi  pandangannya , tersesatlah dia hingga ke akhir hayat . Nauzubillah Himin Zalik .

0leh itu berbaik sangka sangat indah. didiklah hati dan jiwa supaya berbaik sangka kerana padanya terdapat kemanisan .
Jika melihat sesuatu melalui pandangan mata hati , banyak i0n positif dicas dalam kehidupan kita Perkara baik dalam kehidupan kita. Perkara baik akan mudah datang dan kehidupan kita nescaya lebih bahagia :')

ALHAMDULILLAH :)





ヅTerima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Wanie ヅ